20.11.13

Khasiat Minyak Kasturi Kijang

Sabda Rasulullah SAW :
"Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi"
(Hadis Riwayat Muslim)

01) Memberi kekuatan pada roh. 
02) Dapat menenangkan jiwa yang resah.
03) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak.
04) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan.
05) Mengurangkan debaran jantung yang laju.
06) Menghilangkan sesak nafas.
07) Melegakan lelah (asma).
08) Mampu menyedarkan orang yang pengsan.
09) Menghilangkan rasa gementar atau gugup.
10) Menghilangkan sejuk tubuh.
11) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh.
12) Penawar racun atau bisa-bisa binatang.
13) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing.
 
Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (seperti kasturi).
Dalam bidang perubatan tradisional Cina, kasturi dipercayai mampu

1) Menyedarkan seseorang yang pitam atau pengsan.
2) Melancarkan peredaran darah.

3) Merangsang penyingkiran darah haid.
4) Mengurangkan kesan bengkak pada organ badan.


Walaubagaimanapun, kita hanya boleh berikhtiar, selebihnya kita serahkan pada Yang Maha Esa untuk mengizinkan sesuatu itu berlaku. Keberkesanannya juga bergantung kepada tubuh badan seseorang individu.


Kasturi terbahagi kepada dua :
1) Kasturi yang diperbuat dari bintil kijang
2) Kasturi yang diperbuat dari bunga-bungaan
 

Kasturi Hitam Al-Haramain, UAE


Kasturi Gazal Al-Haramain, UAE


Kasturi Kijang Hitam (Versi Malaysia)